.::IMIU CFSIIUM::.

Blog untuk anak-anak Kedah,Penang,Perak dan Perlis(CFSIIUM PJ&NILAI)...

Sunday, December 4, 2011

.::Sekapur Sirih dari IMIU::.

Alhamdulillah......
Syukur kepada Allah dengan izinNya,tercipta jugak blog IMIU ini.....

Oleh itu..

.:Selamat Datang ke Laman IMIU:.

Sikit pengenalan tentang IMIU...
Kalau ampa nak tau IMIU ni adalah Ikatan Mahasiswa Islam Utara yang menggabungkan empat negeri iaitu,Kedah,Penang,Perak dan Perlis..Objektif utama IMIU adalah menjaga kebajikan ahli2 semua sepanjang berada kat CFS nih..Aktiviti yang pernah dilakukan adalah menyediakan bas untuk pulang ke kampung,mengadakan rehlah,iftor dan aktiviti lain.

Memandangkan blog ini khusus untuk anak2 Kedah,Perak,Penang dan juga Perlis tak kira ampa ni sedang belajar atau akan belajar ataupun sudahpun meninggalkan CFS..x kira sama ada CFS IIUM PJ ataupun Nilai...
kita semua berhak mendapat ilmu2 yang berguna,kan???semua berhak tahu apa yang terjadi kat cfs ni kan???
InsyaAllah...blog ni akan membincangkan semua topik sama ada berkenaan negeri kita,aktiviti IMIU di CFS,ilmu2 agama,ilmu2 akademik atau apa sahaja yang berkenaan dengan kita sebagai seorang hamba Allah dan juga pelajar.

Jadi,semoga kita mendapat manfaat dari blog ini.

Saturday, March 26, 2011

Hebahan Majlis Ilmu

Sunday, March 6, 2011

.:Hadis:.



Rasulullah saw bersabda:
"sungguh ajaib perihal orang mukmin. Sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan..dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurnia dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya."
(RIWAYAT MUSLIM)




Friday, February 11, 2011

29/01/2011-AGD IMIU


Welcome to Annual Grand Dinner IMIU (^^,)

Sabar menunggu giliran utk makan aiskrim

sila tunggu giliran masing-masing

Jom serbu SATE!!!

Cepat2, jom kita habiskan aiskrim nie, hehe

P/S: UKHWAH INI KERANA AKIDAH... KEMESRAAN INI KERANA ALLAH... SEMOGA KEKAL HINGGA KE AKHIRNYA... A~MIN...
~ISLAM KAMI BERSAMAMU~

Wednesday, January 26, 2011

.::ANNUAL GRAND DINNER IMIU::.

Assalamualaikum wbt
InsyaAllah, AGD Ikatan Mahasiswa Islam Utara (IMIU) akan berlangsung sabtu malam (29 Jan 2011). Semua anak-anak utara (Perlis, Kedah, P. Pinang & Perak) dijemput hadir memeriahkan majilis. Terima kasih. ^_^

::~Enam Persoalan Hidup::~

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Allah SWT berfirman:
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."(Ali Imran, 3:185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita sekarang, tetap kita tidak akan dpt kembali ke masa yg lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.oleh itu,hrgailah masa yg ada dgn sebaik-baiknya..isikan dgn perkara berfaedah..kerana yg berlaku semalam xkan kembali..Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud “ dua nikmat yg sering manusia lupakan ialah nikmat sihat dan masa lapang’’..


Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".Firman Allah Taala:
"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memperdengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."(Al A'Raf, 7: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka..nafsu akan menguasai kita andai kita xmmpu mengawal nya.. berjhadlah melawan nafsu..


Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH". Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh."(Al Ahzab, 33:72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya..seperti dlm surah sajadah..

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat..kerana terleka menonton tv mahupun movie, kita tingglkan waktu kita bersama Allah… solat dalah amlan yg akan ditnya di kubur nnt..

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan mdhnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.. jgn lupa kata-kata ini “ terlajak perahu boleh diundur,trlajak kata binasa diri.”kdg-kdg kita xsdr yg kata-kata kita akn menyakiti hati org sekeliling kita, tp seeloknya,bersederhanalah dlm percakapan kita.. lihatlah pd org yg kita bercakap…

Ayuh kita betulkan semula diri kita, bandingkan yang mana kaca dan permata, bandingkan yang mana haq dan yang mana batil. ingatlah wahai sahabat, Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kalau mereka tak cuba mengubahnya.
Ikatan Mahasiswa Islam Utara (IMIU). Powered by Blogger.