.::IMIU CFSIIUM::.

Blog untuk anak-anak Kedah,Penang,Perak dan Perlis(CFSIIUM PJ&NILAI)...

Friday, December 31, 2010

Rehat sebentar di R&R

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-baqarah : 45)

Monday, December 20, 2010

Antara api dunia dan neraka...

Salam ukhwah buat pengunjung lamanimiu...
Erm... Apa pndangan semua mengenai kenyataan nie... "Ala... xpa klu dia x tutup aurat @ solat pun asalkan dia Islam, last2 masuk syurga jugak selagi dia x syirik"
Ish2, senang2 ja org sekarang ckp, mcm bleh thn je api neraka 2. Mungkin depa rasa api 2 panas mcm air panas kt water heater je kot. Kat sini penulis nak kongsi sedikit mengenai perbandingan panas antara api dunia dan panas api neraka.

Dikisahkn bhw Allah SWT pernah mengutus Malaikat Jibril utk menemui Malaikat Malik. Jibril mendpt tugas utk meminta api dr Malaikat Malik supaya api ini dpt dimanfaatkan oleh Adam dan ank cucunya.
Kemudian Malaikat Malik bertanya setelah mendgr keperluan Jibril, "Saudaraku Jibril, berapa byk api yg akan kau ambil?"
"Tidak byk,hanya sebesar buah kurma."
"Jika ku berikn api sebesar itu, nescaya 7 lapis langit dan bumi akan hancur kerana tidak sanggup menahan panasnya."
"Kalau begitu separuh buah kurma sahaja"
"Dgn separuh sahaja langit tidak akn sanggup menurunkan hujan walau hanya setitis. Akibatnya, tanaman akan musnah."
Bingung dgn kadar api yg diperlukan, Malaikat Jibril kembali menghadap kpd Allah SWT. Jibril meminta petunjuk Allah seberapa besar api yg harus diambil.
"Cukup dgn mengambil sebesar biji sawi sahaja." Demikian Allah SWT memberikan petunjuk kepada Jibril.
Kali ini Jibril yakin dan dtg menemui Malaikat Malik seraya menjelaskan kadar api neraka yg perlu diambilnya. Selanjutnya, api itu dibasuh terlebih dahulu di 70 sungai yg ada di syurga. Setelah itu, Jibril membawa api itu kepada Adam, kemudian meletakkan di puncak sebuah gunung yg sgt tinggi. Gunung tersebut terus meleleh dan api yang tersisa pun tinggal sedikit. Sisa api itulah yg dimanfaatkan oleh seluruh umat manusia sehingga sekarang.

Jadi, sanggupkah kita menahan sakit dan pedihnya api neraka??? Renung-renungkan kembali
Semoga kita semua dijauhkan dari azab kubur dan seksaan api neraka... Amin...

Thursday, December 16, 2010

[Tazkirah 2] : Sapa Kita????


Assalamualaikum penulis ucapkan kepada semua pengunjung lamanimiu sekalian. Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diiringi dengan nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya.  Bersyukur juga kita kepada Allah kerana hari ini masih lagi kita dipanjangkan umur untuk sama2 kita mengabdikan diri kepadaNYA…
Bercakap tentang syukur nie, penulis teringin nak berkongsi sedikit berkenaan cara kita melafazkan @ mengaplikasikan syukur kita. Jika kalian baca tajuk post ini, ‘Sapa kita?’..apakah jawapan kalian semua? Ayuh, pada kali ini penulis ingin membawa kalian semua untuk kita sama2 mengenali siapa kita sebenarnya di DUNIA ini…
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah:
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”. Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana?”.Dia berfirman lagi, “Sesungguhnya, aku mengetahui apa yang kamu tidak tahu”” [2:30]
Inilah ayat yang telah Allah rakamkan dalam kitab suci kita, Al Quran. Allah mengatakan kepada malaikat bahawa Dia akan menciptakan khalifah di atas muka bumi ini..sapa Khalifah tu? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah MANUSIA. Tapi, terdetik di hati penulis..kenapa tidak Allah pilih malaikat untuk memakmurkan muka bumi ini..tapi pasti ada hikmah disebalik ciptaan ini kerana tidak Allah jadikan sesuatu itu secara sia2. Jom kita lihat apa itu khalifah!!
Dari segi maksud bahasa, khalifah itu bermaksud pengganti, pewaris. Dari istilah pula membawa maksud pengganti kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW. Jelas di sini menunjukkan bahawa peranan kita sebagai khalifah ialah meneruskan apa yang dibawa oleh Nabi kita, Nabi akhir zaman iaitu menyampaikan seruan kebenaran kepada semua orang. Penulis juga pernah mendengar orang memperkatakan tentang peranan khalifah itu, penulis translatekan ke dalam bahasa melayunya, “mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan agama”.  Dikaitkan dengan apa yang penulis nak berceloteh hari ini, tentang syukur..JOM! penulis menyeru kepada pembaca sekalian kita dirikan agama dengan menjadi peranan khalifah itu sebagai satu peranan wajib buat diri kita di muka bumi ini. Jangan dikeluh kesah dengan diri yang tidak sempurna kerana semua orang tidak sempurna, tetapi jika kita tidak berusaha untuk mengubah orang kepada kebaikan siapa pula yang mahu melakukannya??? Pikirkan sama2 wahai sahabat pembaca sekalian. Banyak saja masalah di muka bumi CFS nie, siapa lagi yang mahu menyelesaikannya kalau bukan kita?sapa kita? Tepuk dada tanya

iman……
Inilah salah satu contoh macam mana kita mahu mempraktikkan rasa syukur kita kepada Pencipta kita, Allah SWT. Penulis teringat satu lagi firman Allah dalam surah Az- Zariyat yang berbunyi:
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadat kepadaKu” [51:56]
Disini tercoret lagi satu tugas kita sebagai MANUSIA iaitu untuk beribadat kepada Allah. Di sini juga kita dapat melahirkan rasa syukur kita dengan melakukan segala amal kebaikan dengan ikhlas hati kerana Allah SWT. Dewasa ini, kita patut bersyukur kerana begitu mudah untuk melakukan ibadat kepada Allah. Setiap amalan kebaikan yang disertakan dengan niat yang ikhlas demi mendapat redha Allah dikira sebagai ibadat. Masih lekakah kita? Kalau nak dibandingkan dengan Negara – Negara lain seperti di Palestin, mereka mahu menunaikan solat pun susah kerana dibedil oleh regim zionis laknatullah. Dan kita disini, jangan pula menyalah ertikan ibadat, ibadat itu bukan hanya rukun iman dan rukun islam, malah banyak lagi ibadat lain seperti belajar,, sedekah, berkata baik dansebagainya… segalanya bergantung kepada niat kita.
Masih tak tahu macam mana nak aplikasikan rasa syukur kita?? Hayatilah dua ayat yang penulis postkan nie, semoga kalam ni memberi seribu makna buat pembaca yang penulis kasihi sekalian. Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian ditambah pula diangkat menjadi khalifah di muka bumi ini, walaupun para malaikat persoalkan tetapi Allah tetap menurunkan kita sebagai hamba juga khalifah. Tidak bersyukurkah kita dengan nikmat Allah nie? Ayuh muhasabah diri, kenalilah siap diri kita sebenarnya, bukan hanya seorang pelajar IIUM. Siapa kita???? Tepuk dada tanya Iman…^_^

~~:pertingkat ibadat, kenali Ilahi:~~

Saturday, December 11, 2010

JOM BALIK MID-BREAK!!!

Assalamualaikum...InsyaAllah sempena mid break ni, imiu akan sediakan bas balik utara. kaunter hanya akan dibuka malam isnin sahaja. harap maklum ^_^

Friday, December 10, 2010

...UkhwaH itu Umpama IkataN yang Kukuh...

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog IMIU nie..apa kabaq pembaca sekalian? semoga semua sihat2 belaka la no...
hmm nak berceloteh tentang apa ek? kalau tengok tajuk kat atas tue, agak2 benda pa yang penulis cuba nak sampaikan?hehe buat tanya pulak kan..
ukhwah?benda apa ukhwah nie..permainan ka?ka saja ja orang sebut tentang ukhwah..kalau jawapan anda "Ya", maaf, anda salah kerana ukhwah mempunyai maksudnya yang tersendiri. Ukhwah bermaksud jalinan persaudaraan yang terbentuk atas dasar aqidah yang sahih antara orang islam. menurut As Syahid Imam Hassan Al Banna pula, beliau mendefinisikan ukhwah itu sebagai hati-hati dan ruh yang mana terikat atas dasar aqidah. inilah definisi yang jelas menunjukkan bahawa ukhwah islamiyyah itu berlandaskan syariat. bukan hanya sekadar buah mulut atau hanya halwa telinga yang sering kita dengar.

Bagaimana kita nak rapatkan ukhwah??
1. Ta’aruf adalah saling mengenal sesama manusia. Saling mengenal antara kaum muslimin merupakan bukti wujudnya ketaatan kepada perintah Allah SWT
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Q.S. Al Hujurat: 13)

2. Tafahum adalah saling memahami. Hendaknya seorang muslim memperhatikan keadaan saudaranya agar bisa bersegera memberikan pertolongan sebelum saudaranya meminta, karena pertolongan merupakan salah satu hak saudaranya yang harus ia tunaikan.
 Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad saw., beliau bersabda, “Barangsiapa menghilangkan kesusahan seorang muslim, niscaya Allah akan menghilangkan satu kesusahannya di hari kiamat. Barang siapa menutupi aib di hari kiamat. Allah selalu menolong seorang hamba selama dia menolong saudaranya.” (H.R. Muslim)

3. Ta’awun adalah saling bekerja sama dan membantu tentu saja dalam kebaikan dan meninggalkan kemungkaran

4. Takaful, adalah saling menanggung kesulitan yang dialami saudaranya
kemudian ayuh, saya mahu membawa kepada anda peringkat atau marhalah - marhalah ukhwah. dalam islam, terdapat tiga peringkat ukhwah iaitu:
1) Berlapang dada
 bagaimana yang dikatakan dengan berlapang dada nie? secara ringkasnya, berlapang dada ibaratna kita bertolak ansur dengan sahabat-sahabat kita.andai sahabat kita melakukan kesalahan, kita cuba memahami kondisi dia dan memaafkan dia. tapi mungkin ada yang tertanya, "bagaimana nak berlapang dada, sedangkan hati tidak dapat dikawal?"..sahabat-sahabat sekalian, ingatlah..walaupun sejuta halangan yang ianya tidak lain sebagai satu ujian untuk kita. andai sahabat kita tidak berlapang dada dengan kita, maka berlapang dada lah dengan nya, ingat firman Allah, "sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar".(Al-anfaal:46)
2) Sama rata
 sama rata di sini menunjukkan bahawa apa yang kita miliki, sahabat kita juga untuk miliki sesuatu itu. di sini, islam mahu kita mengamalkan konsep adil. islam mahu tunjukkan pada kita, tidak boleh ada siapa yang lebih atau kurang, semuanya adalah sama.
3) Ithsar
 inilah kemuncak kepada ukhwah islamiyyah. melebihi sahabat dari diri kita sendiri..inilah yang susah untuk kita amalkan.. tetapi jika kita berilizam dengan sepenuh-penuhnya, insyaAllah kita mampu. sepertimana yang telah dicoretkan dalam sirah sahabat dalam satu peperangan. ingin penulis berkongsi sedikit, mungkin anda di luar sana sudah selalu mendengarnya, iaitu kisah 3 orang sahabat ketika dalam satu peperangan..
       Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.
Abu Jahim bercerita. 
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu, saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.

    Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim, saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu, ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.
    Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.Lihatlah wahai sahabat sekalian, bagaimana ukhwah mereka ketika itu, walaupun berkorban nyawa sekalipun, mereka masih lagi dapat mengutamakan sahabat mereka..kalau mahu dibandingkan dengan keadaan kita sekarang ini..bertapa jauhnya kita dengan mereka. sekarang ini, usahkan mahu minta air, hendak tolong sahabat angkat barang pun susah..belum lagi mahu pinjamkan duit..penulis bukanlah menuding jari pada sesiapa tapi pada diri penulis sendiri..masih banyak lagi kekurangan jika mahu kita bandingkan dengan ukhwah yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat terdahulu..beginilah tahap ukhwah para sahabat dulu, mampukah kita? tepuk dada tanya iman:)


InsyaAllah setakat ini sahaja perkongsian penulis buat kali ini, saya ingin tutup dengan 1 dalil Al Quran dan 1 hadis Nabi.

"Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" (Al Anfaal ayat 63)

Anas bin Malik, Nabi S.A.W bersabda:
"Tidak sempurna Iman seseorang itu sebelum dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri".

~~:selami ukhwah, pertingkat ibadah:~~

Tuesday, December 7, 2010

MEMORI IFTOR JAMAIE IMIU ^_^

Assalamualaikum..Alhamdulillah, iftor jamaie dan solat hajat imiu selamat selesai. Terima kasih buat semua yang menjayakan program imiu kali ni. InsyaAllah, dengan bermulanya tahun baru ni, sama-samalah kita buat yang terbaik untuk kejayaan bersama dunia akhirat. Jumpa lagi.. ^_^








Sunday, December 5, 2010

JEMPUTAN KE IFTOR JAMAIE & SOLAT HAJAT IMIU

InsyaAllah, IMIU akan adakan iftor dan solat hajat sempena mid-exam. 
Tarikh: 6 Disember 2010 (ISNIN)
Tempat: Smawp 3
Masa: 6.10 pm
Semua anak2 utara; perlis, kedah, pulau pinang dan perak dijemput hadir beramai. Makanan free.
Pakat2 mai tau ^_^.
Nak join?? Contact 0135945830
Ikatan Mahasiswa Islam Utara (IMIU). Powered by Blogger.