.::IMIU CFSIIUM::.

Blog untuk anak-anak Kedah,Penang,Perak dan Perlis(CFSIIUM PJ&NILAI)...

Friday, December 10, 2010

...UkhwaH itu Umpama IkataN yang Kukuh...

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog IMIU nie..apa kabaq pembaca sekalian? semoga semua sihat2 belaka la no...
hmm nak berceloteh tentang apa ek? kalau tengok tajuk kat atas tue, agak2 benda pa yang penulis cuba nak sampaikan?hehe buat tanya pulak kan..
ukhwah?benda apa ukhwah nie..permainan ka?ka saja ja orang sebut tentang ukhwah..kalau jawapan anda "Ya", maaf, anda salah kerana ukhwah mempunyai maksudnya yang tersendiri. Ukhwah bermaksud jalinan persaudaraan yang terbentuk atas dasar aqidah yang sahih antara orang islam. menurut As Syahid Imam Hassan Al Banna pula, beliau mendefinisikan ukhwah itu sebagai hati-hati dan ruh yang mana terikat atas dasar aqidah. inilah definisi yang jelas menunjukkan bahawa ukhwah islamiyyah itu berlandaskan syariat. bukan hanya sekadar buah mulut atau hanya halwa telinga yang sering kita dengar.

Bagaimana kita nak rapatkan ukhwah??
1. Ta’aruf adalah saling mengenal sesama manusia. Saling mengenal antara kaum muslimin merupakan bukti wujudnya ketaatan kepada perintah Allah SWT
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Q.S. Al Hujurat: 13)

2. Tafahum adalah saling memahami. Hendaknya seorang muslim memperhatikan keadaan saudaranya agar bisa bersegera memberikan pertolongan sebelum saudaranya meminta, karena pertolongan merupakan salah satu hak saudaranya yang harus ia tunaikan.
 Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad saw., beliau bersabda, “Barangsiapa menghilangkan kesusahan seorang muslim, niscaya Allah akan menghilangkan satu kesusahannya di hari kiamat. Barang siapa menutupi aib di hari kiamat. Allah selalu menolong seorang hamba selama dia menolong saudaranya.” (H.R. Muslim)

3. Ta’awun adalah saling bekerja sama dan membantu tentu saja dalam kebaikan dan meninggalkan kemungkaran

4. Takaful, adalah saling menanggung kesulitan yang dialami saudaranya
kemudian ayuh, saya mahu membawa kepada anda peringkat atau marhalah - marhalah ukhwah. dalam islam, terdapat tiga peringkat ukhwah iaitu:
1) Berlapang dada
 bagaimana yang dikatakan dengan berlapang dada nie? secara ringkasnya, berlapang dada ibaratna kita bertolak ansur dengan sahabat-sahabat kita.andai sahabat kita melakukan kesalahan, kita cuba memahami kondisi dia dan memaafkan dia. tapi mungkin ada yang tertanya, "bagaimana nak berlapang dada, sedangkan hati tidak dapat dikawal?"..sahabat-sahabat sekalian, ingatlah..walaupun sejuta halangan yang ianya tidak lain sebagai satu ujian untuk kita. andai sahabat kita tidak berlapang dada dengan kita, maka berlapang dada lah dengan nya, ingat firman Allah, "sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar".(Al-anfaal:46)
2) Sama rata
 sama rata di sini menunjukkan bahawa apa yang kita miliki, sahabat kita juga untuk miliki sesuatu itu. di sini, islam mahu kita mengamalkan konsep adil. islam mahu tunjukkan pada kita, tidak boleh ada siapa yang lebih atau kurang, semuanya adalah sama.
3) Ithsar
 inilah kemuncak kepada ukhwah islamiyyah. melebihi sahabat dari diri kita sendiri..inilah yang susah untuk kita amalkan.. tetapi jika kita berilizam dengan sepenuh-penuhnya, insyaAllah kita mampu. sepertimana yang telah dicoretkan dalam sirah sahabat dalam satu peperangan. ingin penulis berkongsi sedikit, mungkin anda di luar sana sudah selalu mendengarnya, iaitu kisah 3 orang sahabat ketika dalam satu peperangan..
       Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.
Abu Jahim bercerita. 
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu, saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.

    Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim, saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu, ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.
    Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.Lihatlah wahai sahabat sekalian, bagaimana ukhwah mereka ketika itu, walaupun berkorban nyawa sekalipun, mereka masih lagi dapat mengutamakan sahabat mereka..kalau mahu dibandingkan dengan keadaan kita sekarang ini..bertapa jauhnya kita dengan mereka. sekarang ini, usahkan mahu minta air, hendak tolong sahabat angkat barang pun susah..belum lagi mahu pinjamkan duit..penulis bukanlah menuding jari pada sesiapa tapi pada diri penulis sendiri..masih banyak lagi kekurangan jika mahu kita bandingkan dengan ukhwah yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat terdahulu..beginilah tahap ukhwah para sahabat dulu, mampukah kita? tepuk dada tanya iman:)


InsyaAllah setakat ini sahaja perkongsian penulis buat kali ini, saya ingin tutup dengan 1 dalil Al Quran dan 1 hadis Nabi.

"Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" (Al Anfaal ayat 63)

Anas bin Malik, Nabi S.A.W bersabda:
"Tidak sempurna Iman seseorang itu sebelum dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri".

~~:selami ukhwah, pertingkat ibadah:~~

0 comments:

Post a Comment

Ikatan Mahasiswa Islam Utara (IMIU). Powered by Blogger.