.::IMIU CFSIIUM::.

Blog untuk anak-anak Kedah,Penang,Perak dan Perlis(CFSIIUM PJ&NILAI)...

Thursday, December 16, 2010

[Tazkirah 2] : Sapa Kita????


Assalamualaikum penulis ucapkan kepada semua pengunjung lamanimiu sekalian. Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diiringi dengan nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya.  Bersyukur juga kita kepada Allah kerana hari ini masih lagi kita dipanjangkan umur untuk sama2 kita mengabdikan diri kepadaNYA…
Bercakap tentang syukur nie, penulis teringin nak berkongsi sedikit berkenaan cara kita melafazkan @ mengaplikasikan syukur kita. Jika kalian baca tajuk post ini, ‘Sapa kita?’..apakah jawapan kalian semua? Ayuh, pada kali ini penulis ingin membawa kalian semua untuk kita sama2 mengenali siapa kita sebenarnya di DUNIA ini…
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah:
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”. Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana?”.Dia berfirman lagi, “Sesungguhnya, aku mengetahui apa yang kamu tidak tahu”” [2:30]
Inilah ayat yang telah Allah rakamkan dalam kitab suci kita, Al Quran. Allah mengatakan kepada malaikat bahawa Dia akan menciptakan khalifah di atas muka bumi ini..sapa Khalifah tu? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah MANUSIA. Tapi, terdetik di hati penulis..kenapa tidak Allah pilih malaikat untuk memakmurkan muka bumi ini..tapi pasti ada hikmah disebalik ciptaan ini kerana tidak Allah jadikan sesuatu itu secara sia2. Jom kita lihat apa itu khalifah!!
Dari segi maksud bahasa, khalifah itu bermaksud pengganti, pewaris. Dari istilah pula membawa maksud pengganti kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW. Jelas di sini menunjukkan bahawa peranan kita sebagai khalifah ialah meneruskan apa yang dibawa oleh Nabi kita, Nabi akhir zaman iaitu menyampaikan seruan kebenaran kepada semua orang. Penulis juga pernah mendengar orang memperkatakan tentang peranan khalifah itu, penulis translatekan ke dalam bahasa melayunya, “mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan agama”.  Dikaitkan dengan apa yang penulis nak berceloteh hari ini, tentang syukur..JOM! penulis menyeru kepada pembaca sekalian kita dirikan agama dengan menjadi peranan khalifah itu sebagai satu peranan wajib buat diri kita di muka bumi ini. Jangan dikeluh kesah dengan diri yang tidak sempurna kerana semua orang tidak sempurna, tetapi jika kita tidak berusaha untuk mengubah orang kepada kebaikan siapa pula yang mahu melakukannya??? Pikirkan sama2 wahai sahabat pembaca sekalian. Banyak saja masalah di muka bumi CFS nie, siapa lagi yang mahu menyelesaikannya kalau bukan kita?sapa kita? Tepuk dada tanya

iman……
Inilah salah satu contoh macam mana kita mahu mempraktikkan rasa syukur kita kepada Pencipta kita, Allah SWT. Penulis teringat satu lagi firman Allah dalam surah Az- Zariyat yang berbunyi:
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadat kepadaKu” [51:56]
Disini tercoret lagi satu tugas kita sebagai MANUSIA iaitu untuk beribadat kepada Allah. Di sini juga kita dapat melahirkan rasa syukur kita dengan melakukan segala amal kebaikan dengan ikhlas hati kerana Allah SWT. Dewasa ini, kita patut bersyukur kerana begitu mudah untuk melakukan ibadat kepada Allah. Setiap amalan kebaikan yang disertakan dengan niat yang ikhlas demi mendapat redha Allah dikira sebagai ibadat. Masih lekakah kita? Kalau nak dibandingkan dengan Negara – Negara lain seperti di Palestin, mereka mahu menunaikan solat pun susah kerana dibedil oleh regim zionis laknatullah. Dan kita disini, jangan pula menyalah ertikan ibadat, ibadat itu bukan hanya rukun iman dan rukun islam, malah banyak lagi ibadat lain seperti belajar,, sedekah, berkata baik dansebagainya… segalanya bergantung kepada niat kita.
Masih tak tahu macam mana nak aplikasikan rasa syukur kita?? Hayatilah dua ayat yang penulis postkan nie, semoga kalam ni memberi seribu makna buat pembaca yang penulis kasihi sekalian. Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian ditambah pula diangkat menjadi khalifah di muka bumi ini, walaupun para malaikat persoalkan tetapi Allah tetap menurunkan kita sebagai hamba juga khalifah. Tidak bersyukurkah kita dengan nikmat Allah nie? Ayuh muhasabah diri, kenalilah siap diri kita sebenarnya, bukan hanya seorang pelajar IIUM. Siapa kita???? Tepuk dada tanya Iman…^_^

~~:pertingkat ibadat, kenali Ilahi:~~

0 comments:

Post a Comment

Ikatan Mahasiswa Islam Utara (IMIU). Powered by Blogger.